KEPENTINGAN VITAMIN
PERLU KE MAKAN VITAMIN ???
Ada orang tanya…
‘Perlu ke makan vitamin? Kenapa? Satu kepentingan ke ambil supplement ataupun makanan tambahan ni? Nenek moyang kita dulu okay je hidup sihat sampai sekarang. Diorang tak kenal pun apa benda vitamin ni semua. OK je pun. Saya sendiri pun bukanlah sakit. Buat apa nak makan pil dan tablet ni semua?’
Cuba kita fikir balik. Zaman dulu atok nenek kita hidup dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi sebagai bahan makanan dan perubatan. Mana ada amal makanan segera yang kaya dengan pewarna, perisa dan pengawet semua ni.
Lepas tu Diorang rajin amalkan ulam, jamu dan rempah ratus dalam kehidupan harian. Sebab tu diorang hidup sihat dan panjang umur.
Lagipun hidup di kampung happy je takde banyak masalah. Suasana aman damai, udara dan air bersih. Orang dulu banyak guna fizikal. Bukan kerja mengadap internet atau handphone mcm kte.
Memang berbezalah dengan kehidupan moden zaman sekarang. Orang sekarang usia muda lagi dah menghidap macam-macam penyakit kronik. Diri sendiri dan anak-anak pun setakat demam, batuk selsema tu dah macam bestfriend dah.
Betul ke bohong?😂
Comments
Post a Comment